❤mereka sangat comel! thanks!❤

❤ Nuffnang ❤

Wednesday 22 May 2013

{。^◕‿◕^。} Petua penjagaan wajah cara alami ✔



hokey..entry kali ni mengisarkan tentang penjagaan wajah...
memandangkan aku ni adalah seorg wanita..so apalagi...penjagaan muka la yg "important" sekali...
hokey... ni ad beberapa petua...
so kita boleh amalkan bersama2 ya..in shaa Allah... mujarab ツ

♠TOMATO♠

Ambil sebiji tomato dan belah kepada dua. Lumurkan tomato ke seluruh wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit di wajah. Bersihkan dengan air sejuk dan lap kering dengan tuala bersih. Kulit akan pastinya terasa lebih halus dan mulus.... ツ



♠LOBAK MERAH ♠

Bersihkan sebatang lobak merah lalu parutkan lobak itu. Setelah itu, campurkan dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah. Lakukan sekali sehari, tentu anda akan dapat merasakan efek kulit yang lebih tegang dan hilang kedut jika dilakukannya dengan kerap.ツ



♠ASAM JAWA♠

Bagi kulit yang berjerawat, bolehlah menggunakan perahan air asam jawa dan mencampurkannya dengan bedak sejuk. Lumurkan pada wajah atau kawasan yang berjerawat. Kemudian, bersihkan muka dengan air bersih, kesannya akan kelihatan jika diamalkan selalu.ツ



~lulur asam jawa





♠SUSU SEGAR♠

Anda inginkan kulit muka yang gebu dan licin? Mudah sahaja...caranya, Ambil segelas susu segar dan oleskan ke wajah dan urut perlahan-lahan hingga kering dan melekit. Kemudian basuh dengan air suam. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.ツ





♠LEMON♠

Jika anda mengalami masalah kulit berminyak, ambil separuh biji lemon dan perahkan jusnya. Kemudian, campurkan dengan putih telur sehingga sebati. Oleskan ke muka sebagai masker dan biarkan selama 15 minit. Anda dapat rasakan kulit segar seperti baru mencuci muka....ツ



SELAMAT MENCUBA❤

FROM:HIJABISTAMAGAZINE













No comments: